0033 : Pembalasan ~

fire-08-mod

Surah Al-An’am – 6:ayat 58 – Katakanlah (Muhammad), “Seandainya ada padaku apa (azab) yang kamu minta agar disegerakan kedatangannya, tentu selesailah segala perkara antara aku dan kamu.” Dan Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang zalim.

Ketika mereka dengan angkuh dan menghalalkan yang haram seperti perjudian dan didirikan bangunan dan ‘cruizing ship’ untuk tempat bertaruh nasib dengan wang ringgit; serta bersuka-ria makan dan minum sesuka hati. Bertukar-tukar pasangan tanpa mengira jantina; ingatlah pembalasan yang akan diterima. Janganlah terpengaruh dengan ‘adverts’ yang 100% nampak ‘real’ dan mempersonakan. Ia boleh merosakkan aqidah seseorang kerana terlalu taksub dengan kecantikan yang cuma ‘virtual’.

Agama Islam yang fitrahnya bernalurikan perasaan insan dalam era apapun membentangkan kebenaran yang nyata yang telah diturunkan ke bumi melalui para anbiya. Kesesatan yang semakin nyata dan akhlak yang kurang sopan semakin berleluasa di setiap pelusuk bumi. Porak peranda, penindasan, ‘ethnic cleansing’, pencabulan kehormatan, pemimpin yang tidak ‘competent’, kuasa, sistem kewangan yang berlandaskan kepada ‘interest (usuri)’, penipuan dalam ‘cyber world’, pendedahan aurat, penyelewengan seksual, kuasa hiburan dan lainnya memang diketahui umum. Hanya dengan iman dan kekuatan peribadi dapat membentuk akhlak yang mulia.

Ketika orang-orang yang zalim berkuasa, ingatlah akan pembalasan daripada Allah SWT kerana kedatangan azab kepada sesuatu bangsa sudah nyata dan terang. Berdo’a dan berdo’alah kepada Allah SWT meminta pertolongan agar kebatilan dapat ditewaskan. Dan jika Allah berkehendak untuk menghapuskan sebuah umat dan bangsa, tiada siapa dapat menghalang-Nya.

Wallahualam – Hanya Allah yang Maha Tahu mengenai perkara yang gaib. Sesungguhnya pemikiran dan ilmu manusia sangat terbatas –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s