0030 : Beretika ketika bergaul …

AL-AHZAB (Golongan yang bersekutu) Madaniyyah surah ke-33 : (73 ayat)

Ayat 58: ‘Dan orang2 yg menyakiti orang2 mukmin lelaki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yg mereka lakukan, maka sesungguhnya, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata’ –

Dalam pergaulan seari-ari memang tidak dapat dinafikan akan terjadi kesalahfahaman dan mewujudkan rumusan yang tidak betul. Ini amat jelas dan nyata diterangkan dalam  ayat 58 Surah Al-Ahzab. Kitani jangan terburu-buru dan menuduh perkara yang bukan-bukan kepada seseorang waima pun kitani tidak menyukainya.

Amat kejilah perbuatan sebegini kerana ia boleh melobangkan perpaduan masyrakat dan mencetuskan perselisihan sesama insan. Apabila kebencian terjadi dalam satu kumpulan akan lembik dan lemahlah pencapaian ummah. Kitani haruslah menyelidik dan memastikan sama ada yang dituduh melakukan kesalahan ataupun tidak. Menuduh dan membuat penilaian yang salah amat dibenci oleh Allah SWT kerana ia boleh meyebabkan yang dituduh merasa tersinggung dan tersisih. Amat susah untuk membersihkan semula nama baik sebab orang awam akan merasa tempiasnya.

Jadi kitani haruslah berhati-hati agar etika pergaulan dijaga dengan rapi dan jangan sampai ada yang terkilan. Perhatikan ayat yang dipetik dari surah yang ke-33 ini (yang tercatat di atas) dengan terang dan nyata perbuatan sebegini boleh membuatkan sipelakunya mendapat dosa –

 

Ingatlah Surah Al-‘Asr (Masa/Waktu) : Ayat 103 : 3 Ayat, Juz:30, Makkiyah betapa Allah bersumpah dengan masa dan memberi ingatan kepada kitani agar saling tegur-menegur jika salah seorang terlupa akan sesuatu yang boleh merugikan kitani –

 

 

pokok akasia surah al-ahzab 20150815_080641 (2)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s