0021 – Penguna dan pengeluar (Users and makers) ~

Menghalalkan yang haram adalah satu perbuatan yang amat tercela. Begitu juga mengharamkan yang halal. Namun dalam sesuatu situasi hal-hal sebegini dibolehkan tetapi bukan secara sengaja atau berlebih-lebihan. Ternyata yang haram itu tetap haram dan mana-mana yang Syubhah; tinggalkanlah kerana ia akan mengelirukan. Dan apabila ia mengelirukan, kesannya amat riski.

Ternyata zaman kini, berbagai-bagai produk dicipta. Maka terjadilah kompetisi yang meruncing menyebabkan pelanggan dan penguna terkadang tertipu dan terpedaya. Natijahnya ketidakpuasan dan perselisihan terjadi dan ini akan mengundang bebagai-bagai pertelingkahan termasuk secara fizikal atau non-fizikal (rohani dan pikiran). Dengan media social yang sedari dulu telah mulai dirasa dari tahun 1800-an (mungkin lebih awal); berbagai-bagai teknologi dicipta dan berkembang luas. Dari kemunculan komputer untuk kegunaan kira’an dan programming, ia mulai dibentuk untuk berkomunikasi antara individu yang beribu-ribu kilometer jaraknya.

Dengan ini kitani sebagai penguna mesti bijak menganalis mesej-mesej yang diterima kerana ia akan menjadi bercelaru dan membinggungkan suasana sesebuah negara. Telefon bimbit android, iOS, windows dan lainnya membuatkan kitani harus peka dengan perkembangan sebegini agar tidak ditinggalkan masa. Gunakan secara beretika dan maju kehadapan agar sebaris dengan yang lain. Masa tidak menunggu kitani. Berusahalah dan bertawqal mudah-mudahan tercapai hajat. Andai tidak dimakbulkan do’a bersabarlah kerana rahsianya hanya Dia yang tahu.

Berbalik kepada pasaran dunia (cara bermuamalat masa ini); terbaca/terdengar kitani sekarang makanan/minuman dinamakan dengan perkataan yang mengelirukan seolah-olah nampak halal. Manakala makanan yang halal ditakuti akan menjejaskan sipemakan sehingga ada yang terus fobia untuk menjamahnya. Sesungguhnya jika diambil dalam porsi yang berpatutan, kesihatan akan terjaga.

Produk kosmetik/kesihatan yang disatukan dengan agro-teknologi juga semakin menular kedalam masyarakat kitani sehingga ada promosinya nampak kabur dan meragukan. Testimoni para penguna juga nampak kurang kukuh.

smat 20151023_135842 (2)

Pokok tanpa daun, bersebelahan dengan Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait@Juma’at, 23 Oktober, 2015M –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s