0016 Presentasi kehidupan kitani

  • Kehidupan adalah merangkumi ‘Space’ dan ‘Time’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Ruang’ dan ‘Masa’. Ahli astronomi sepakat men’teorikan’ ruang ini semakin memanjang dan membesar dan pada satu saat nanti akan musnah di mana galaxi, bintang-bintang, planet-planet, bukit bukau, ruang antara langit dan bumi akan hancur. Saat itu hari Kiamat akan berlaku, itu janji Allah yang maha agung dalam kitab Al-Qur’an dan disabdakan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya. Tidak dinafikan akan kesahihannya. Tanda-tanda yang telah Allah sebutkan makin menonjol, kesibukan insan menjaring dunia penuh hedonism semakin menyerlah. Kejujuran sering dipertikaikan dan jika pun menonjol hanya dipandang sebelah mata. Fitnah dunia berleluasa dan hukum Allah tidak lagi digeruni. Undang-undang manusia pula digunapakai walaupun kesannya tidak sehebat undang-undang Syariah.

 

  • Kitani sudah ketahui dan sadari bencana alam yang diturunkan oleh Allah kepada kaum-kaum terdahulu yang ingkar akan perintah-Nya dan kesan-kesannya telah jelas nampak di muka bumi. Di Televisyen, Youtube dan streamline, kitani nampak akan kemusnahan yang menimpa manusia sejagat seperti wabak penyakit, tsunami, gempa bumi, angin bencana, kebanjiran, kebakaran hutan, kemarau yang panjang, hawa yang terlalu dingin atau panas hingga boleh meragut nyawa dan bencana kecil seperti kemalangan kapal terbang, ferri, kereta-api dan jalan raya.

 

  • Kitani sebagai insan harus mempunyai presentasi hidup yang baik dan Istiqamah adalah amat perlu; ini disebabkan keimanan kitani boleh bertukar dan hati bergelombang tidak menentu. Begitu manusia yang mudah alpa akan dirinya milik siapa. Setiap oksigen yang kitani sedut adalah pemberian dari Allah SWT, jantung kitani yang bergerak 24 jam, nadi kitani, fikiran yang senantiasa berfikiran tentang persekitaran, kulit yang sensitif dengan perubahan cuaca, segala pancaindera yang berfungsi, tulang yang mengukuhkan isi dan urat; itu semua rahmat yang tidak terhitung banyaknya. Sifat syukur adalah pengabdian kitani pada kuasa yang Hakiki. Sujud dan rokok kitani menyembah Allah SWT adalah penyucian hati dan minda.

 

  • Untuk membangun umah yang kuat; iman dan ilmu pengetahuan mesti saling melengkapi. Penyatuan antara satu etnik dengan etnik yang lain mesti dilakukan. Jangan ada jurang pemisah sebab jika ini berterusan; musuh kitani akan menguasai dan umah yang kuat tidak mungkin akan terwujud. Dari manapun asal kitani, Allah menjadikan kitani dari segumpal darah yang bermula dari percantuman antara air mani dan ovum. Didunia rahim wanita (ibu) kitani tinggal selama sembilan bulan. Jadinya kitani sebagai umah Islam wajib menjadi insan tauladan dan apapun sumbangan kitani pada agama dan negara akan nampak oleh Allah SWT. Sedikit mana pun; akhirnya apabila semua insan bersatu-padu maka umat Islam akan kuat dan sukar ditewaskan.

 

20150308_084957

20150308_084709

20150308_084259

 

 

 

 

  • Adverts below are automatically generated and unintentional. Pls browse wisely as some of the pictures or videos can be quite unpleasant to view –

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s