0014 Musnahnya Kerajaan Granada –

Petikan dari Majalah GEN-Q isu no.38 –

Erti kemerdekaan :

Dalam diri umat merdeka, hati yang bersih menjadi raja; fikiran yang jernih menjadi penasihat dan nafsu yang terdidik menjadi hamba sahaya.

Pengajaran dari Kerajaan Islam Granada yang menguasai selama 800 tahun di benua Eropah akhirnya lumpuh dan runtuh dalam sekelip mata akibat kesilapan rakyatnya. Keruntuhannya berpunca daripada kerajaan raja Ferdinand dan Isabella melemahkan penduduk Islam dengan serangan budaya dan pemikiran.

Antaranya :

  • Arak dan rokok dibekalkan secara percuma
  • Hendonisme (muzik melampau) sehingga pemuda-pemudinya meninggalkan al-Qur’an
  • Mengutus ulama palsu dengan tujuan untuk memecahkan-belahkan umat Islam agar bermusuhan sesama sendiri

Kitani renungkan dan analiskan di bawah ini:


 

Ketiga-tiga strategi ini membuahkan kejayaan kepada musuh Islam bagi memusnahkan kerajaan Islam. Ini sudah dibuktikan oleh sejarah. Dan sebelum ini pun jika kita imbas ribuan tahun yang lalu, akibat keingkaran sesebuah umat; akhirnya kecundang. Anologinya tamadun dahulu membantah terang-terangan. Tetapi sekarang selepas kelahiran Nabi Muhamamd SAW, bangsa yang melampau dalam kedunia’an dan meminggirkan keakhiratan akan malap dan hanya tinggal nama.

Jadi kitani sebagai umat Islam wajib meneliti setiap berita, fakta, meseg dan info yang disebarkan di dunia IT [Information Technology – Maklumat Teknologi] Ia mungkin berbentuk hiburan yang melampau-lampau, info yang mengelirukan, gurauan yang melalaikan, jarum fitnah yang halus dan bermacam-macam kancah berita yang tidak diketahui kesasihannya. Kitani wajib meneliti semua ini dan jangan menyebarluaskan lagi data-data atau fakta-fakta yang bercelaru dan berbaur kata-kata atau video yang tidak berakhlak. Jangan mudah perangkapkan minda dengan kata-kata atau gambar-gambar yang daif yang nampak betul tetapi salah. Kita telah menyaksikan bagaimana fikiran rakyat sesebuah negara punah dan porak peranda hanya kerana permusuhan dan penilaian yang salah mengenai sesuatu issu yang mengelirukan.

Akhirnya, sebuah bangsa menjadi sub-bangsa yang berpecah belah. Ini akan melemahkan bahkan amat merugikan. Bagi yang berpengelaman dan berpendidikan celupkan budaya yang bersesuaian dengan inti-pati negara dan tangkis yang tidak sesuai. Kitani mempelajari bahasa asing agar kita tahu kod-kod huruf bisdurang serta agenda-agenda yang negatif.

Dengan begini ilmu pengetahuan yang baik dapat dicekup dan yang buruk kita pinggirkan ke tepi. Berwaspada selalu dengan alat sosial-media [ networking ] kerana gambar boleh diubah-rupa dan video dapat disunting [edit] dengan berbagai-bagai aplikasi dan menjelmakan sesuatu yang nampak realistik. Lakunan video nampak logik apabila ditonton sekali imbas

Networking boleh menjalinkan ikatan dan perpaduan masyarakat jika dimanafaatkan dengan tertib dan penuh etika. Jarak antara Barat dan Timur menjadi dekat, Dan kitani sebagai penguna wajib tahu menilai pro dan konnya. Segala info mestilah ditapis dengan pengamatan yang jitu agar tidak mencetuskan budaya yang rosak akidahnya terutama sekali kitani sebagai Muslim dan Muslimat.

28994 (2)

 

  •  Adverts below are automatically generated and unintentional. Pls browse wisely as some of the pictures or videos can be quite unpleasant to view –

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s