0003 Adam dicipta

Rujukan teks & fakta dalam blog ini diperolehi dari Wikipedia & buku berjudul “Asal usul kejadian Manusia” siri Evolusi kejadian dan kehidupan Pra-sejarah yang disusun oleh Tengku Fairus Raja Hassan.

Menurut ajaran Islam manusia terdiri daripada tiga komponen penting:

01 Tubuh
02 Akal
03 Hati nurani

Pencipta’an dan kejadian manusia –

Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk mengambil tanah dibumi setelah Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil gagal apabila bumi enggan membenarkannya.

Jenis tanah yang diambil adalah seperti berikut:
01 Tanah bakal berdirinya Baitul Muqaddis
02 Tanah bukit Tursina di semenanjung Sinai Mesir
03 Tanah Iraq
04 Tanah Aden [Yaman]
05 Tanah Al-Kautsar
06 Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah [Kaabah – Makkah ]
07 Tanah Khurasan [Iran]
08 Tanah Paris [France – Perancis]
09 Tanah [Babylon]
10 Tanah India
11 Tanah Syurga [Firdaus]
12 Tanah Tha’if [Arab Saudi]

Menurut Ibnu Abbas –

01 Kepala Adam dari tanah Baitul Muqqadis kerana di situ tempat otak dan akal
02 Telinga dari tanah Bukit Tursina kerana di sana ada alat pendengar dan tempat menerima nasihat
03 Dahi dari tanah Iraq kerana di situ tempat sujud
04 Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan
05 Matanya dari tanah telaga Ai-Kautsar tempat menarik perhatian & giginya dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis
06 Tangan kanannya dari Ka’abah untuk mencari nafkah dan bekerjasama sesama manusia
07 Tangan kirinya dari tanah Paris tempat beristinjak
08 Perutnya dari tanah Babylon tempat seks dan birahi serta tipu daya syaitan untuk menghasut manusia
09 Tulangnya dari tanah bukit Thursina alat peneguh tubuh manusia
10 Kedua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan
11 Hatinya dari syurga Firdaus kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu kemahuan dan sebagainya
12 Lidahnya dari Tha’if tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdo’akan kepada Tuhan.

Ketika Allah SWT menjadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur [cahaya] kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai-bagai sifat. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan ke dalam “Alam Malakut”.

Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan rangka, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian daripada sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”. Kemudian tubuh itu dibenamkan ke dalami air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalal dan Jammal”. Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh Malaikat Izrail untuk memaksa roh masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat, ketika Adam masih berada di Syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Disebabkan Adam telah diturunkan ke bumi, terjadilah perubahan warna kulitnya. Yang tertinggal hanyalah pada kuku manusia.

Dijadikan pada tubuh Adam sembilan rongga atau liang. Tujuh buah di kepala dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah itu letaknya adalah:
01 Di kepala dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
02 Di bawah ialah sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
01 Mata alat penglihatan
02 Hidung alat penciuman
03 Telinga alat pendengaran
04 Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya
05 Anggota tubuh seperti kulit dan telapak tangan untuk merasa

ROH  DIMASUKKAN

Setelah roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil selama 200 tahun. Setelah roh meresap ke kepala Adam, terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah yang keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malikat yang sedang menyaksikan kejadian. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan ‘Alhamdullilah’. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah SWT. Lalu Allah SWT berkata ‘Yarhamukallah’ yang membawa erti : ‘Semoga engkau diberi rahmat Allah’.

Oleh kerana itu jika seseorang bersin, menjadi sunat mengucap kalimah ‘Alhamdullilah’ dan orang yang mendengarnya disunatkan mengucapkan ‘Yarhamukallah’.

Dan ketka roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja Adam mahu bangun. Padahal sebahagian bawahnya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sipat manusia yang suka tergesa-gesa, iaitu tidak sabar.

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu ia terasa lapar. Kemudian roh itu terus masuk ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadilah darah daging dan tulang, Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

24563

 

 

 

Adverts below are automatically generated and unintentional. Pls browse wisely as some of the pictures or videos can be quite unpleasant  to view –

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s